RABU, 28 APRIL 2021
BELAGA: Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Belaga dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Belaga bekerjasama menjayakan misi penghantaran bantuan bakul makanan ke Block P, Uma Bakah, Sungai Asap, Belaga yang sedang dalam perintah sekatan pergerakan (lockdown).
Sebanyak 24 pek makanan termasuk tepung susu dan lampin kanak-kanak diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di 11 pintu rumah berkenaan pada Selasa.
Untuk rekod, Block P dikenakan ‘lockdown’ sejak 24 April 2021 lepas hingga 7 Mei depan selepas Block Q yang turut dikenakan lockdown pada 20 April lepas.
Misi bantuan tersebut adalah satu usaha kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu penduduk yang terjejas akibat sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan bagi membendung penyebaran wabak COVID-19.
Bantuan itu diharap dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjejas. – EDISI UKAS