4 Anak Syarikat PETRONAS Sumbangan Bantuan Kepada Petugas Barisan Hadapan Dan PKRC Bintulu

KHAMIS, 29 APRIL 2021

BINTULU: Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menghargai usaha pihak agensi berkuasa tempatan, petugas barisan hadapan dan masyarakat setempat dalam memerangi penularan wabak pandemik COVID-19. 

Pengurus Besar Kanan Petronas Cari Gali Sdn Bhd Sarawak Gas Peter Majid berkata, menyedari usaha ini PETRONAS menerusi empat anak anak syarikat Petronas – Asean Bintulu Fertilizer Sdn.Bhd, Kumpulan Syarikat Malaysia LNG, Petronas LNG 9 Sdn Bhd dan Petronas Carigali Sdn. Bhd-Sarawak Gas menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan.

“Kami di Petronas menerusi tanggungjawab sosial korporat memberikan sumbangan berupa PPE dan mesin PCR sebagai menyokong usaha yang telah disumbangkan petugas barisan hadapan dalam membanteras penularan wabak pandemik COVID-19 di Bahagian Bintulu. 

“Kita berharap usaha ini diteruskan dengan kerjasama daripada masyarakat setempat dalam memastikan kita kembali menikmati kehidupan normal seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau ditemui media selepas menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bintulu yang diterima Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu Jack Aman Luat di Stadium Muhibah baru-baru ini. 

Hadir bersama Pegawai Kesihatan Bahagian Dr. Melvun Chung dan Pengarah Hospital Bintulu Dr Davis Johnraj. -EDISI UKAS 

Share

add comment