9 JKKK Dan Biro Wanita Di DM Kara Terima Geran MRP

KHAMIS, 29 APRIL 2021

BUKIT BEGUNAN: Sebanyak sembilan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita di Daerah Mengundi (DM) Kara menerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang pada Khamis.

Geran yang berjumlah RM120,000 itu telah diumumkan oleh Datuk Mong Dagang sebelum ini semasa lawatannya ke rumah panjang terbabit.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar tuai rumah bersama penduduk menjaga keselamatan serta kemasukan orang luar ke rumah panjang bagi mengelak penularan virus Covid-19.-EDISI UKAS

Share

add comment