ADUN Jepak Hulurkan Bantuan Kerusi Roda Dan Tongkat Kepada Golongan Asnaf

KHAMIS, 29 APRIL 2021

BINTULU: Tiga orang golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) menerima bantuan berupa kerusi roda dan tongkat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talip Zulpilip. 

Salah seorang penerima, Nurjannah Salleh, 60 tahun yang tinggal di Rancangan Perumahan Rakyar (RPR) Sebiew mengucapkan terima kasih di atas bantuan ini. 

“Bantuan kerusi roda ini membolehkan saya melakukan pergerakan di dalam rumah,” katanya. 

Turut menerima kerusi roda ialah seorang remaja OKU iaitu Mohammad Akmal Razin Anuar di Kampung Jepak dan Dermatasiah Tinggal yang tinggal di Kampung Sebiew menerima bantuan tongkat. 

Ketiga-tiga bantuan itu telah diserahkan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat PBB DUN Jepak, Mohamad pada Isnin.

Hadir sama Setiausaha Pemuda PBB DUN Jepak Mohd Asraf, Staf Pusat Khidmat Masyarakat PBB DUN Jepak Katong Jili, Ahli Jawatankuasa Skuad PBB Hamsiah Darman. -EDISI UKAS

Share

add comment