ADUN Lingga Sumbang Bantuan Ramadan Kepada Golongan Asnaf Di Kampung Agropolitan Seduku Baru

KHAMIS, 29 APRIL 2021

SRI AMAN: Seramai 32 orang golongan asnaf menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri di Kampung Agropolitan Seduku Baru, Lingga pada Rabu.

Sumbangan tersebut diharapkan dapat mengurangkan sedikit bebanan golongan asnaf sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Agropolitan Seduku Baru. –EDISI UKAS

Share

add comment