Agihan Bubur Lambuk & Kurma Kepada Penduduk Kampung Menek Serta Kampung Sungai Arus Melayu

KHAMIS, 29 APRIL 2021

SEBUYAU: Penduduk di Kampung Menek dan Kampung Sungai Arus Melayu di sini menerima sumbangan bubur lambuk dan buah kurma pada Khamis.

Sebanyak 85 bungkusan telah diagihkan di Kampung Menek dan 35 di Kampung Sungai Arus Melayu.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada setiap ketua kampung oleh Saini Busamah mewakili Pusat Khidmat DUN Sebuyau yang juga wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi.

Program itu diadakan secara bergotong royong oleh ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memeriahkan sambutan bulan Ramadan. -EDISI UKAS

Share

add comment