Aidel Lariwoo Serah Peruntukan MRP Untuk Masjid Dan Surau Di Sadong Jaya

KHAMIS, 29 APRIL 2021

SADONG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo menyerahkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi semua masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, pada Khamis.

Beliau memaklumkan, seperti tahun sebelumnya, kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM3,000 untuk masjid dan RM2,000 untuk surau.

Sehubungan itu, Aidel berharap agar peruntukan tersebut dapat digunakan sebaiknya termasuk untuk mengadakan aktiviti keagamaan.

Penduduk kampung tersebut juga merakamkan penghargaan kepada wakil rakyat mereka atas usaha membantu penduduk di Sadong Jaya. –EDISI UKAS

Share

add comment