Dewan Baharu Kampung Buso Siap Sepenuhnya

KHAMIS, 29 APRIL 2021

BAU: Penduduk Kampung Buso kini memiliki sebuah dewan baharu yang telah siap dibina sepenuhnya.

Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bau, Eddy Nayoi telah melakukan simbolik penyerahan siap projek tersebut kepada Ketua Kampung Buso, Shakawi Bujang pada Khamis.

Dewan tersebut merupakan Projek Ameniti Sosial bagi tahun 2020 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Malaysia.

Ianya sudah siap dalam tempoh 24 minggu oleh kontraktor yang dilantik melalui perolehan sebut harga di bawah agensi pelaksana Pejabat Daerah Bau.

Manakala Jabatan kerja Raya Daerah Bau merupakan agensi teknikal kepada projek tersebut.–EDISI UKAS

Share

add comment