JKM Bahagian Bintulu Agih Bantuan Bakul Makanan Kering Kepada Penduduk Rumah Sating

KHAMIS, 29 APRIL 2021

BINTULU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu telah mengagihkan bantuan Bakul Makanan Kering kepada 17 Ketua Isi Rumah (KIR) di Rumah Panjang Sating, KM67, Jalan Bintulu-Miri pada Isnin. 

Ini susulan rumah panjang itu telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dari 25 April hingga 8 Mei 2021 selepas mempunyai ontak rapat dengan pesakit COVID-19 sebelum ini. 

Semua penduduk yang menjalani kuarantin dinasihatkan bersabar dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta arahan dari semasa ke semasa bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan pengesanan terhadap individu yang dijangkiti COVID-19. -EDISI UKAS