JPS Sri Aman Lawat Tapak Projek Bina Baharu Jeti Nelayan

KHAMIS, 29 APRIL 2021

LINGGA: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sri Aman telah mengadakan lawatan tapak Projek Bina Baharu Jeti Nelayan Kampung Hilir pada Rabu.

Projek tersebut telah diperuntukkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga sebanyak RM150,000 melalui Projek Tranformasi Luar Bandar (RTP).

Tujuan lawatan tapak tersebut adalah untuk mengenal pasti lokasi sebenar, mengukur serta mengenal pasti tapak yang sesuai untuk mendirikan jeti tersebut.

Selain itu, lawatan juga diadakan agar dapat membuat pengiraan kos serta pelan untuk disenaraikan dalam cabutan undi pertama bagi Projek RTP 2021 Bahagian Sri Aman.

Hadir bersama Penolong Jurutera (JPS) Sri Aman Azizi, dan Pengerusi Jawatankuasa Sosial dan Ekonomi Nelayan Kampung Hilir, Sri Aman Sham Ahmad.–EDISI UKAS

Share

add comment