PPK Pantu Bantu Petani Jual Hasil Pertanian

KHAMIS, 29 APRIL 2021

PANTU: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pantu mengambil inisiatif membantu para petani dan pekebun di kawasan tersebut dengan membeli hasil pertanian dan memasarkan produk mereka.

PPK Pantu berperanan sebagai pemborong dan penjual supaya petani tidak mengalami kerugian sekiranya hasil-hasil pertanian tersebut tidak dapat dijual.

Ia juga membolehkan orang ramai masih berpeluang mendapatkan sayuran yang segar untuk kegunaan harian.

Diantara jenis sayuran yang dijual ialah seperti kangkong, bayam, sawi, ensabi, terung panjang, daun mentimun dan cekur manis.

Lokasi jualan sayuran tersebut ialah di pejabat PPK Pantu, Pasar Pantu.-EDISI UKAS

Share

add comment