Projek Pembinaan ‘Culvert’ Dan ‘Gabion’ Laluan Lorong Jalan Senibung Siap Sepenuhnya

KHAMIS, 29APRIL 2021

BAU: Projek pembinaan ‘culvert’ dan ‘gabion’ di laluan lorong jalan Kampung Senibung yang sebelum ini telah mengalami kerosakan akibat berlakunya runtuhan tanah telah siap sepenuhnya.

Sebelum ini berlaku runtuhan tanah disebabkan hujan lebat berterusan ketika daerah Bau pada Januari lepas.

Projek di bawah peruntukan khas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg itu telah dilaksanakan selama dua minggu oleh syarikat kontraktor yang dilantik oleh Majlis Daerah Bau setelah melalui proses cabutan undi.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Bau, Simon Wong Hong Yong yang hadir melakukan pemeriksaan akhir berkata, beliau amat berpuashati dengan prestasi kerja yang telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

Turut hadir adalah Penolong Jurutera Majlis Daerah Bau, Merici Ceylist dan Samuel Suwim serta wakil pusat khidmat ADUN Tasik Biru, Jeffery Leonard.-EDISI UKAS

Share
0