Projek Pembinaan ‘Gabion’ Di Jalan Panda Musi, Bau

KHAMIS, 29 APRIL 2021

BAU: Pemeriksaan akhir bagi projek pembinaan ‘gabion’ di Jalan Panda Musi, Bau yang di bawah peruntukan khas Ketua Menteri Sarawak telah dilakukan oleh pihak Majlis Daerah Bau pada Rabu.

Sebelum ini, jalan tersebut mengalami kerosakan sepanjang lapan meter akibat tanah runtuh ekoran hujan lebat berterusan pada Januari lepas.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep memohon peruntukan bagi membaik pulih infrastruktur yang terjejas di kawasan DUN Tasik Biru akibat musim Monsun Timur Laut. –EDISI UKAS

Share
0