Projek Pembinaan Pembentung Jalan Srabu Kini Siap Sepenuhnya

KHAMIS, 29 APRIL 2021

BAU: Projek pembinaan pembentung Jalan Srabu, Kampung Segong yang mendapat peruntukan daripada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah siap sepenuhnya.

Majlis Daerah Bau telah melakukan pemeriksaan akhir projek pembinaan tersebut pada Selasa yang mana projek tersebut  telah dilaksanakan syarikat kontraktor yang dilantik setelah melalui proses cabutan undi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Henry Harry Jinep sebelum itu pernah memohon peruntukan daripada Ketua Menteri Sarawak bagi membaik pulih infrastruktur yang terjejas di kawasan Tasik Biru akibat bencana Monsun Timur Laut pada Januari lepas.

Ahli Majlis Daerah Bau bagi kawasan Tasik Biru, Kaunselor Gidy Ruji adalah bertanggungjawab dalam memantau sepanjang kerja-kerja baik pulih tersebut dilaksanakan.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Bau, Simon Wong Hong Yong yang datang melakukan pemeriksaan akhir amat berpuashati dengan prestasi kerja yang telah dilaksanakan oleh pihak kontraktor.-EDISI UKAS

Share

add comment