Pusat Khidmat DUN Lambir Serah Bantuan Makanan Kepada Penduduk Rumah Jumat Aji

KHAMIS, 29 APRIL 2021

SUBIS: Lantaran Perintah Sekatan Pergerakan dikenakan ke atas Rumah Jumat Aji, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat menerusi Pusat Khidmat DUN Lambir telah memberikan sumbangan makanan kepada penduduk baru-baru ini.

Rumah Jumat Aji mula dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan telah bermula sejak 12 April lepas. 

Sejumlah 25 pek bantuan makanan telah diagihkan kepada penduduk meliputi barangan keperluan harian seperti beras, mee segera, biskut, telur dan air mineral. -EDISI UKAS

Share

add comment