SOP Diperketatkan Bahagian Bintulu Dilanjutkan Sehingga 17 Mei 2021

KHAMIS, 29 APRIL 2021

BINTULU: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Prosedur Operasi Standrad (SOP) Diperketatkan bagi Bahagian Bintulu dilanjutkan sehingga 17 Mei 2021. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu Jack Aman Luat berkata ini selaras dengan pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang diumumkan baru-baru ini. 

“Di antara perkara penting yang terkandung dalam SOP Diperketatkan itu ialah mewajibkan ujian saringan COVID-19 RT-PCR sebelum pergerakan masuk dan keluar ke Bahagian Bintulu 

“Walau bagaimanapun, pengecualian ii kita berikan kepada kes-kes tertentu seperti kecemasan, temu janji hospital dan sebagainya serta urusan pengkebumian,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu di {ejabat Residen Bahagian Bintulu baru-baru ini.

Jack yang juga Residen Bahagian Bintulu menambah, SOP Diperketatkan Bahagian Bintulu itu turut memasukan individu tidak dibenarkan berada di tempat awam selepas jam 8.00 malam.

“Saya ingin menjelaskan dalam SOP Diperketatkan di Bahagian Bintulu ia dinyatakan sebagai tiada individu dibenarkan berada di tempat awam selepas jam 8 malam tanpa sebab atau alasan yang munasabah,” tambahnya. 

Bagaimanapun, individu yang bekerja dalam perkhidmatan perlu   dibenarkan dengan menggunakan surat pengesahan daripada majikan masing-masing. 

Dalam pada itu, aktiviti keagamaan di masjid dan surau masih dibenarkan tertakluk kepada arahan pihak berkuasa agama dan tidak akan dikenakan saman. 

Terdahulu, Jack menerima sumbangan berupa perlindungan peribadi dan makanan kering untuk petugas barisan hadapan  dan pesakit yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bintulu yang disampaikan Pengurus Besar Kanan Petronas Cari Gali Sdn Bhd Sarawak Gas Peter Majid. 

Hadir sama Pegawai Kesihatan Bintulu Dr Melvin Chung dan Pengarah Hospital Bintulu Dr Davis Johnraj. -EDISI UKAS

Share

add comment