SUPP DUN Opar Sumbang Bantuan Makanan Dan Keperluan Harian Kepada 400 Pelajar SMK Lundu

KHAMIS, 29 APRIL 2021

LUNDU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Opar telah menyampaikan sumbangan berupa bantuan makanan dan keperluan harian untuk 400 pelajar yang dikuarantin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu dan di Pusat Latihan SALCRA Bajo, Lundu pada Khamis.

Bantuan yang terdiri daripada makanan asas, bahan mandian dan bahan keperluan harian disumbangkan bagi meringankan beban pelajar yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menurut Pengerusi SUPP DUN Opar, sumbangan ini merupakan satu inisiatif ahli jawatankuasa SUPP DUN Opar bagi meringankan beban terutamanya pelajar-pelajar SMK Lundu yang tidak dibenarkan pulang dan memerlukan bantuan makanan setiap hari.

“Kita bekerjasama dengan sekolah dan Pusat Latihan SALCRA Bajo Lundu dengan sentiasa mengikuti perkembangan kes COVID-19 terutamanya di kawasan Lundu dan Bau,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan itu.

Sumbangan diserahkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah Lundu, Kamisah Narudi.-EDISI UKAS

Share

add comment