JUMAAT, 30 APRIL 2021
SRI AMAN : Seramai 268 golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menerima sumbangan bersempena Ramadan, pada Khamis.
Pemberian ikhlas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri itu disampaikan kepada 74 orang dari Kampung Hilir Stumbin, 24 orang dari Kampung Pengkat dan 13 orang dari Kampung Skait melalui Ketua Kampung masing-masing, bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Hilir Stumbin.
Selain itu, pengagihan juga turut diagihkan dari rumah ke rumah kepada 36 orang dari Kampung Hulu Baru, 36 orang dari Kampung Siantan, 39 orang dari Kampung Tengah, 29 orang dari Kampung Masjid Baru dan 35 orang dari Kampung Hilir. -EDISI UKAS