61 Individu Terima Suntikan Dos Kedua Vaksin COVID-19 Di Bau

JUMAAT, 30 APRIL 2021

BAU: Seramai 61 individu yang sebahagian besarnya adalah guru KEMAS dari Daerah Bau tmenerima dos kedua vaksin COVID-19 jenis Sinovac di Dewan Akademi Bomba dan Penyelamat Daerah Bau pada Jumaat.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Daerah Bau itu bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 10.30 pagi dijalankan di Dewan Akademi Bomba dan Penyelamat Bau.

Setakat ini, seramai 1,862 individu di Daerah Bau telah menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa pertama melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.-EDISI UKAS

Share

add comment