ADUN Beting Maro Beri Sumbangan Makanan Kepada Penduduk Kampung Spinang Dan Semarang

JUMAAT, 30 APRIL 2020

PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor telah menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada penduduk Kampung Spinang dan Kampung Semarang, Pusa.

Bantuan yang melibatkan 123 penerima yang juga sedang menjalankan kuarantin susulan penularan pandemik COVID-19 itu disampaikan wakil beliau pada Jumaat.

Beliau berharap bantuan tersebut dapat sedikit sebanyak meringankan kesulitan yang dihadapi penduduk kedua buah kampung itu.

Pada program berasingan, Razaili turut menyampaikan sumbangan kerusi roda menerusi wakil beliau kepada salah seorang warga emas di Kampung Spinang.

Keluarga kepada penerima, Nen Jali, mengucapkan terima kasih kepada Razaili di mana sumbangan tersebut amat bermakna untuk memudahkan pergerakan Nen yang kini sukar bergerak tanpa bantuan.-EDISI UKAS

Share

add comment