ADUN Lingga Sumbang Bantuan Ramadan Di Kampung Tanjung Engkabang Hilir

JUMAAT, 30 APRIL 2021

SIMANGGANG: Seramai 30 orang golongan asnaf di Kampung Tanjung Engkabang Hilir, Simanggang menerima sumbangan Ramadan pada Khamis.

Pengagihan sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri tersebut disampaikan oleh Ketua Kampung, Mohammad Yusuf dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) Kampung Tanjung Engkabang Hilir dari rumah ke rumah.

Dalam pada itu, Mohammad mewakili ADUN Lingga berharap agar sumbangan itu dapat meringankan beban golongan asnaf semasa menyambut lebaran. –EDISI UKAS

Share

add comment