ADUN Marudi Sumbang Air Minuman Dan Pelitup Muka Kepada Petugas Barisan Hadapan Dan SK Long Jegan

JUMAAT, 30 APRIL 2021

TINJAR: Disebabkan beberapa orang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jegan didapati mempunyai kontak rapat dengan ke positif COVID-19 menyebabkan sekolah tersebut dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.

Sehubungan itu, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil telah memberikan bantuan air minuman dan pelitup muka kepada petugas barisan hadapan dan guru serta murid-murid SK Long Jegan pada Selada. 

Sumbangan telah disampaikan Kaunselor Andrious Ding yang mewakili ADUN Marudi. -EDISI UKAS

Share

add comment