Dato Sri Fatimah Hargai Sumbangan Wan Madihi

JUMAAT, 30 APRIL 2021

KUCHING : Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah menzahirkan penghargaan kepada Wan Madihi Wan Salleh sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyalahgunaan Dadah dan Substance di Tempat Kerja di bawah urus tadbir One Stop Committee Menangani Isu Dadah dan Substance (OSC MIDS) Peringkat Negeri, dalam kapasiti sebagai Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan Negeri Sarawak sejak 2018.

Jelas Dato Fatimah, sepanjang tempoh tersebut, Wan Madihi telah mengemudi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak dan Jawatankuasa OSC MIDS dengan pencapaian yang cukup cemerlang.

“Hasil 2,036 operasi yang kerap, bersepadu dan berkesan di seluruh daerah di Sarawak, 4,373 tangkapan melibatkan aktiviti penyalahgunaan dadah dan substance telah berjaya direkodkan sejak 2014” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Oleh itu, Dato Fatimah bagi pihak Jawatankuasa Induk One OSC MIDS Negeri berharap agar Wan Madihi dapat menggalas tanggungjawab di tempat baharu sebaik mungkin. -EDISI UKAS

Share

add comment