Lawatan Tapak Projek RTP 2021 ADUN Muara Tuang

JUMAAT, 30 APRIL 2021

SAMARAHAN: Pejabat Daerah Samarahan telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2021, pada Khamis.

Lawatan turut disertai agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bagi meninjau empat buah projek RTP berjumlah RM550,000 tersebut.

Senarai projek tersebut adalah naik taraf Pejabat Residen Bahagian Samarahan (RM200,000), naik taraf Pejabat Daerah Samarahan (RM100,000), baik pulih Kiosk Rakyat Aiman Mall (RM70,000) dan naik taraf Pusat Sumber Kampung Endap (RM180,000). –EDISI UKAS

Share

add comment