Lawatan Tapak Projek RTP 2021 ADUN Stakan

JUMAAT, 30 APRIL 2021

SAMARAHAN: Pejabat Daerah Samarahan telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2021, pada Jumaat.

Lawatan turut disertai agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan dan Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan bagi meninjau dua buah projek RTP berjumlah RM350,000 tersebut.

Senarai projek tersebut adalah bina baru parit konkrit Kampung Merdang Limau (RM200,000) dan menambah fasiliti Dewan Kampung Sungai Jernang (RM150,000). –EDISI UKAS

Share
0