Lebih 500 Penjawat Awam Sarawak Sertai Siri Webinar Integriti

JUMAAT, 30 APRIL 2021

KUCHING : Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti Dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip telah dijemput bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau dalam Siri Webinar Integriti Sempena Hari Pekerja 2021, bertemakan “Pekerja Dan Integriti: Teras Kesejahteraan Ekonomi, Keterangkuman Sosial Dan Kelestarian Alam Sekitar”, pada Jumaat.

Program selama 3 jam anjuran Unit Integriti Dan Ombudsman Negeri (UNION) dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak serta Universiti Malaysia Kelantan itu telah disertai lebih 500 penjawat awam di negeri ini melalui Aplikasi Zoom dan turut disaksikan oleh orang awam melalui siaran langsung Facebook rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Turut sama menjayakan Siri Webinar tersebut ialah Timbalan Pengarah Hutan (Konservasi Hutan Dan Pembangunan) Jabatan Hutan Sarawak,  Jack Liam dan Prof. Dr. Balakrishnan Parasuraman dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan. -EDISI UKAS

Share

add comment