Program Tazkirah Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran Di Kampung Tebelu

JUMAAT, 30 APRIL 2021

SEBUYAU: Bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran (17 Ramadan) sebuah program tazkirah telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid An-Nur Kampung Tebelu di sini pada Khamis.

Tazkirah yang bertemakan “Beloya Ramadan” tersebut disampaikan kepada para jemaah dan diadakan selepas selesainya solat tarawih berkenaan dengan memperbaiki amalan dan sentiasa memperingati Mukjizat Al-Quran.

Selain itu, sambutan Nuzul Al-Quran ini bagi memperingati Al-Quran sebagai panduan hidup kepada umatnya. –EDISI UKAS

Share

add comment