PROTEM JTS Bintulu Serah Sumbangan Kepada PERYATIM Bintulu

JUMAAT, 30 APRIL 2021

BINTULU: Sempena bulan Ramadan ini, Persatuan Kebajikan Islam (PROTEM) Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Bintulu menyerahkan sumbangan kepada wakil pengurusan PERYATIM Bintulu, pada Jumaat.

Seramai 68 orang anak yatim menerima sumbangan berupa wang tunai tersebut bagi persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada wakil PERYATIM Bintulu, Abang Kamaruddin Abang Ahmad.

Selain itu, lawatan tersebut merupakan program tahunan PROTEM yang diketuai oleh Penguasa Tanah dan Survei, Mohammad Zunica Mohamad Sapi’ee.

Program berkenaan bertujuan untuk melaksanakan aktiviti kebajikan anak-anak yatim di samping menyalurkan bantuan kepada gologan yang memerlukan.

Justeru, pihak PROTEM berharap sumbangan itu dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anak yatim di situ. –EDISI UKAS

Share

add comment