JUMAAT, 30 APRIL 2021
KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan ceramah Sarawakiana bertajuk Sejarah Perkembangan Islam ke Sarawak pada Sabtu, 1 Mei 2021.
Dalam kenyataan media pada Jumaat berkata, ianya akan diadakan pada jam 10 pagi di laman rasmi media sosial Pustaka Negeri Sarawak (facebook dan YouTube)
“Ceramah ini akan disampaikan oleh Dr. Saimi bin Bujang, Pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Malaysia.
“Ini adalah hasil daripada kajian yang telah dijalankan dari pelbagai sumber seperti sumber Barat, Timur Tengah Nusantara China dan sumber tempatan sendiri yang dibahagikan kepada lima sub-topik, iaitu hubungan Arab dan Nusantara sebelum Islam, hubungan Arab dan Nusantara selepas Islam, Islam di Nusantara, Islam di Sarawak dan rumusan,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi terdapat juga penjelasan tentang peristiwa, manuskrip dan penemuan-penemuan artifak Islam di sekitar Nusantara sebelum abad ke-14 Masihi.
Manakala, perbincangan tentang Islam di Sarawak pula akan menyentuh mengenai sejarah perkembangan Islam di Sarawak dan Kerajaan-kerajaan Tua Sarawak dari pelbagai perspektif selain Santubong.
Mereka yang berminat boleh mendaftar di https://www2.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1618969071 dan penyertaan adalah percuma serta terbuka kepada orang ramai.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Sektor Perkhidmatan Depositori Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my)/ Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488. -EDISI UKAS