Saberkas Cawangan Balingian Agih Bubur Lambuk Kepada Pelbagai Jabatan Kerajaan Di Mukah

JUMAAT, 30 APRIL 2021

MUKAH: Saberkas Cawangan Balingian telah menjayakan program agihan bubur lambuk di beberapa lokasi sekitar Mukah pada Jumaat.

Menurut Pengerusi Saberkas Cawangan Balingian merangkap ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi sebanyak 500 pek bubur lambuk telah diagihkan pada program tersebut kepada beberapa jabatan sekitar Mukah.

Agihan melibatkan lokasi Pejabat-pejabat Kerajaan di Menara Pehin Setia Raja Mukah, Bangunan Pentadbiran Baru Mukah, Wisma Persekutuan Mukah, IPD Mukah, Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah dan Balai Bomba dan Penyelamat Mukah.

Menurut Abdul Yakub, pihaknya mengambil pendekatan menghantar terus bubur lambuk ke lokasi tersenarai sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan pihak kerajaan.

Beliau dalam pada itu berharap orang ramai di Mukah terus patuh kepada SOP untuk memutuskan penularan wabak COVID-19. – EDISI UKAS

Share

add comment