SUPP Opar Sumbang Air Minuman Dan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan

JUMAAT, 30 APRIL 2021

LUNDU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar telah memberikan sumbangan air minuman dan makanan kepada petugas barisan hadapan iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Lundu dan Kumpulan ‘Pengesanan Kes Aktif (ACD).

Pengerusi SUPP Cawangan DUN Opar, Kaunselor Niponi Undek berkata, inisiatif itu adalah sebagai tanda sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras membendung dan menangani penularan wabak pandemik COVID-19.

“Kawasan Lundu sudah menjadi Zon Merah dan kakitangan kesihatan awam telah bekerja keras dalam membendung dan menangani kawalan penyakit COVID-19 tersebut secara terus menerus.

“Sumbangan dari segi bekalan makanan dan minuman adalah amat diperlukan untuk meringankan beban dan memberikan tenaga untuk mereka melakukan aktiviti kawalan,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan itu pada Khamis.

Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah Lundu, Dr. Nicky Orrellius sebagai wakil penerima. -EDISI UKAS

Share
0