15 KIR DUN Mambong Jalani Kuarantin Rumah, Terima Bantuan Makanan

SABTU, 1 MEI 2021

MAMBONG :  Seramai 15 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong menjalani kuarantin di rumah setelah dikesan mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kuching dan Serian.

Sehubungan dengan itu, pihak Pusat Khidmat DUN Mambong dengan kerjasama Gerakan Khidmat Masyarakat, Pemimpin Parti Kompenen Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengambil tindakan pantas dalam memberikan bantuan.

Bantuan berupa sumbangan makanan dan minuman asas diberikan secara ‘one off’, dihantar ke setiap rumah yang tersenarai menjalani kuarantin, pada Khamis. -EDISI UKAS

Share
0