166 Murid, 300 Penduduk Kampung Bungey Debak Jalani Saringan COVID-19

SABTU, 1 MEI 2021

DEBAK: Seramai 166 murid Sekolah Rendah Datuk Bandar Debak dan kira-kira 300 penduduk Kampung Bungey Debak menjalani ujian saringan COVID-19 bertempat di Masjid Darul Solihin.

Ujian saringan yang dijalankan pada Jumaat itu berikutan terdapat salah seorang guru di SK Datuk Bandar Debak yang disyaki positif COVID-19 yang dikesan pada 28 April kepas.

Penduduk kampung yang hadir solat Jumaat dan solat sunat tarawih dari 13 hingga 27 April lepas juga digesa menjalani ujian tersebut bagi mengesan sekiranya terdapat penularan kes di sini tempoh hari.

Susulan kes itu, kesemua masjid dan surau di Daerah Kecil Debak telah diarah untuk ditutup sementara menunggu hasil keputusan ujian saringan.

Sementara itu, ADUN Saribas Mohammad Razi Sitam semasa meninjau lokasi ujian saringan turut menasihati penduduk kampung agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pegawai kesihatan dan sentiasa memantau anak-anak sekolah untuk terus berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin tersebut. – EDISI UKAS

Share

add comment