37 Asnaf Terima Sumbangan Ramadan ADUN Lingga

SABTU, 1 MEI 2021

LINGGA: Seramai 37 orang golongan asnaf di Kampung Hulu Lingga telah menerima sumbangan Ramadan daripada Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri.

Golongan asnaf tersebut terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal yang menerima sumbangan berbentuk beras, buah kurma dan bahan keperluan dapur serta wang saguhati daripada ADUN Lingga.

Pengagihan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh bakal Ketua Kampung, Roselan Jaya di Dewan Tok Abang Ujang Kampung Hulu Lingga pada Jumaat.-EDISI UKAS

Share
0