BBP Bau Lakukan Sanitasi Awam Di SK Jagoi

SABTU, 1 MEI 2021

BAU: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau melakukan sanitasi awam di Sekolah Kebangsaan (SK) Jagoi Bau pada Sabtu.

Ketua BBP Bau, Tawang Lingem berkata, khidmat sanitasi awam dilakukan atas permintaan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bau dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bau.

Menurutnya, ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19 selepas PPD Bau menerima laporan kes positif COVID19 di sekolah tersebut.

“Proses sanitasi yang melibatkan lima anggota BBP Bau telah bermula pukul 9.30 pagi.

“Ia membabitkan kawasan luar dan dalam tiga blok bangunan yang menempatkan bilik darjah tahun satu hingga tahun enam dan juga blok pentadbiran sekolah,” katanya ketika ditemui pada Sabtu. -EDISI UKAS

Share

add comment