Golongan Asnaf Di Kampung Haji Undum Hilir Terima Sumbangan ADUN Lingga

SABTU, 1 MEI 2021

SIMANGGANG: Golongan asnaf di Kampung Haji Undum Hilir di sini tidak ketinggalan menerima sumbangan Ramadan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri pada Jumaat.

Pengagihan sumbangan kepada seramai 103 golongan asnaf itu telah diserahkan oleh Ketua Kampung, Jimi Peri yang mewakili ADUN Lingga.

Pengagihan sumbangan dari rumah ke rumah itu telah dilakukan dengan kerjasama ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan (JKK) Kampung Haji Undum Hilir.

Semua penerima bantuan yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal menerima sumbangan beras, buah kurma dan bahan keperluan dapur serta wang sagu hati. -EDISI UKAS

Share
0