RANDO Samarahan Gotong Royong Masak Bubur Lambuk

SABTU, 1 MEI 2021

SAMARAHAN: Sempena bulan Ramadan ini, Pejabat Residen Bahagian Samarahan dan Pejabat Daerah (RANDO) Samarahan berkesempatan gotong-royong memasak bubur lambuk di pekarangan pejabat berkenaan pada Jumaat.

Aktiviti memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah berbuka puasa tersebut julung kali diadakan buat warga RANDO Samarahan.

Sebelum itu, persiapan rapi telah diketuai oleh Hasanal Abdul Wahid, Ketua Unit Transformasi Sosial, Pejabat Residen Bahagian Samarahan yang mewakili Residen Samarahan, Ibrahim Lumpu.

Beliau turut dibantu oleh para warga kerja RANDO Samarahan yang turut sama menyumbangkan tenaga bagi menjayakan program berkenaan.

Bungkusan bubur lambuk berkenaan telah diagihkan kepada semua warga kerja RANDO Samarahan pada pukul 3.30 petang. -EDISI UKAS

Share

add comment