Tiga Projek RTP 2021 DUN Mambong Akan Dilaksana Ogos Ini

SABTU, 1 MEI 2021

PADAWAN: Sebanyak tiga buah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka akan dilaksanakan pada Ogos 2021. 

Projek RTP tersebut adalah membina baru Dewan Serbaguna Kampung Nusaraya yang bernilai RM250,000, menaik taraf Dewan Serbaguna Kampung Taba Sait, BRS bernilai RM100,000 dan membina baru Dewan Serbaguna Kampung Bengoh Rais bernilai RM300,000.

Menurut Jurutera Jabatan kerja raya (JKR), Bahagian Kuching, Lau Yik Hung projek tersebut yang bernilai RM650,000 telah diluluskan oleh ADUN Mambong, Datuk Dr Jerip Susil.

Tambah beliau, lawatan ke tapak projek yang diadakan itu adalah bagi mengenalpasti lokasi dan mendapatkan persetujuan pihak komuniti serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang telibat.

Ujarnya, ketiga-tiga projek itu akan dikawal selia oleh pihak JKR Bahagian Kuching selaku agensi pelaksana yang akan bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek tersebut.-EDISI UKAS

Share

add comment