247 Penduduk Kampung Sagah Jalani Ujian Saringan COVID-19

AHAD, 2 MEI 2021

BAU: Seramai 247 individu di Kampung Sagah, Jalan Sungai Tengah Matang tampil menjalani ujian calitan COVID-19 dalam operasi pengesanan kes aktif (ACD) pada Ahad.

ACD yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bau itu dijalankan di Dewan Kampung Sagah dan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1 petang.

Operasi tersebut melibatkan seramai 50 petugas kesihatan iaitu 37 orang dari Bau dan 13 orang lagi dari Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Sarawak dalam satu kenyataan pada Jumaat lepas telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sagah bermula 30 April hingga 13 Mei 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment