ADUN Batu Kitang Agih 500 Bungkusan Bubur Lambuk

AHAD, 2 MEI 2021

BATU KITANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang telah mengagihkan sebanyak 500 bungkusan bubur lambuk kepada penduduk di Pekan Batu 10 pada Sabtu.

Program tersebut adalah anjuran Persatuan SABERKAS Cawangan Batu Kitang dengan kerjasama 13 unit cawangan berkenaan.

Dalam pada itu, seramai 65 golongan asnaf yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) warga emas dan ibu tunggal menerima sumbangan berbentuk beras, buah kurma dan bahan keperluan dapur serta wang sagu hati.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Batu Kitang, Dato Ahmad Ibrahim. -EDISI UKAS

Share

add comment