ADUN Batu Kitang Serah Bantuan Kepada 94 Keluarga Yang Dikuarantin

AHAD, 2 MEI 2021

BATU KITANG: Prihatin dengan nasib yang menimpa 94 keluarga yang telah dikenakan perintah kuarantin setelah didapati mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang telah menyumbang bantuan makanan kepada mereka yang terjejas pada Sabtu.

Beliau bersama dengan Pengerusi Persatuan Penggerak Kemajuan Kota Padawan Albert Lee Joo Hee telah menyerahkan sumbangan makanan tersebut.

Menurutnya, daripada 94 keluarga yang terbabit, 31 keluarga adalah dari Kampung Haji Baki, 5 keluarga dari Kampung Semaba, 3 keluarga dari Kampung Bumbok dan 55 keluarga dari RPR Taman RPR Landeh.

Dalam pada itu, beliau menasihati penduduk setempat supaya terus kekal mengamalkan norma baharu dalam usaha mengekang penularan COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment