Ahli Parlimen Kota Samarahan Sertai Ziarah Ramadan

AHAD, 2 MEI 2021

SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang meninjau program pengagihan bubur lambuk di enam lokasi berasingan di kawasannya pada Ahad.

Ziarah Ramadan itu dimulakan dengan beliau melawat penempatan semula Kampung Jawa Semenggok di Batu 12 Kuching, diikuti Kampung Pengkalan Kuap dan Kampung Bukit Berangan di kawasan DUN Stakan.

Rubiah Wang kemudiannya menyambung Ziarah Ramadan ke kawasan DUN Muara Tuang iaitu di Kampung Empila, Kampung Meranek dan Kampung Sungai Mata.

Program pengagihan bubur lambuk yang diadakan serentak hari ini dikelolakan oleh pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) Cawangan N17 Stakan dan N16 Muara Tuang.

Kira-kira 6,000 bungkus bubur lumbuk telah diagihkan kepada orang ramai sempena program Ziarah Ramadan itu. -EDISI UKAS

Share

add comment