Bangunan ‘Sunday School’ Gereja St Andrew Kampung Skuduk Siap Dibina

AHAD, 2 MEI 2021

TARAT: Komuniti di Kampung Skuduk kini boleh mengukir senyuman selepas bangunan ‘Sunday School’ Gereja St Andrew siap dibina sepenuhnya.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn telah meluangkan masa untuk merasmikan bangunan tersebut pada Sabtu.

Bangunan di bawah peruntukan Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) itu dibina dengan kos RM80,000.

Selepas merasmikan bangunan ‘Sunday School’ tersebut, beliau juga telah menyampaikan cek peruntukan khas Perdana Menteri untuk kawasan Tarat, bagi tahun 2021.

Antaranya, sumbangan peruntukan untuk Tabika KEMAS Kampung Sungai Riset (RM10,000) dan sumbangan untuk aktiviti JKKK Kampung Skuduk (RM10,000).

Dalam majlis sama, beliau juga menyampaikan surat makluman projek RTP tahun 2021 iaitu membina stor dan tandas baru Gereja St Mark Kampung Sungai Riset (RM60,000), memasang gabion dan struktur berdekatan Dewan Kampung Tarat Melawi (RM108,172), membina jeti baru tagang Kampung Maang (RM120,000) dan menyiapkan Gereja St Dunstan Maang (RM300,000). -EDISI UKAS

Share

add comment