BBP Bau Lakukan Sanitasi Awam Di SK Gumbang

AHAD, 2 MEI 2021

BAU: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau melakukan sanitasi awam di Sekolah Kebangsaan (SK) Gumbang pada Ahad.

Ketua BBP Bau, Tawang Lingem berkata, khidmat sanitasi awam dilakukan atas permintaan daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bau dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Bau.

Menurutnya, operasi nyah cemar itu dilakukan bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di kawasan sekolah berkenaan.

“Proses sanitasi yang dilakukan bermula pukul 10.30 pagi itu berjalan lancar dan melibatkan tiga anggota bomba dengan keluasan 3,200 kaki persegi,” katanya. -EDISI UKAS

Share

add comment