Gandingan Ahli Parlimen, ADUN, Pacu Pembangunan DUN Saribas

AHAD, 2 MEI 2021

SARIBAS: Gandingan kedua-dua wakil rakyat Ahli Parlimen dan ADUN akan memastikan kesinambungan pembangunan rakyat di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat berkata, beliau akan terus membantu ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam dari segi keperluan projek pembangunan di kawasannya.

Beliau memberi jaminan itu semasa majlis penyerahan cek sumbangan kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Melayu DUN Saribas pada Sabtu.

Sumbangan berjumlah rm200,000 itu diserahkan kepada 22 JKKK di Bilik Gerakan PBB Saribas sempena sambutan Hari Raya akan datang.

Datuk Robert Lawson juga berharap penduduk di Saribas kekal memberi sokongan padu kepada Mohammad Razi semasa pilihan raya nanti demi kelancaran pelan pembangunan di kawasan itu.

Dalam pada itu, Mohammad Razi berharap penerima sumbangan dapat menggunakannya demi kebaikkan bersama dalam keadaan menitikberat prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan COVID-19 semasa menyambut Hari Raya.

Pada program yang sama, Robert dan Mohammad Razi turut berbincang bersama JKKK Kampung Melayu Debak berkenaan Projek Skim Pembesaran Kampung.

Selain itu, kedua-dua wakil rayat tersebut berkesempatan menemui ahli Persatuan Repuk Kampung Dit. -EDISI UKAS

Share

add comment