Mat Yo Lonjak SUFC Kembali Ke Puncak Liga Premier

AHAD, 2 MEI 2021

KUCHING: Jaringan tunggal penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha sudah cukup untuk melonjakkan Sarawak United FC (SUFC) kembali merampas takhta Liga Premier 2021.

Mat Yo meledak gol kemenangan SUFC ketika membenam skuad Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dengan jaringan 1-0 dalam pertembungan kesembilan liga di Stadium Hang Jebat Melaka pada Sabtu.

Kedua-dua pasukan buntu mencari rentak untuk menjaringkan gol dalam babak pertama memaksa perlawanan berkesudahan tanpa jaringan hingga masa rehat.

Kesungguhan anak-anak buah Elavarasan Elangowan untuk memastikan tiga penuh akhirnya berjaya selepas Mat Yo menjaringkan gol kemenangan SUFC pada minit ke-85.

SUFC kini mengumpul 20 mata, berkelebihan dua mata berbanding pesaing utama, Negeri Sembilan FC. – EDISI UKAS

Share

add comment