Pembangunan Sekolah Dan Rumah Ibadat Di Repok Sentiasa Diberikan Keutamaan

AHAD, 2 MEI 2021

REPOK: Pembangunan sekolah dan rumah-rumah ibadat di DUN Repok sentiasa diberikan perhatian yang sewajarnya oleh ADUN Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii demi manfaat rakyat di kawasan tersebut.

Memberi contoh projek naik taraf Gereja Methodist Yien Sung, Dato’ Sri Huang berkata beliau akan memastikan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tersebut dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi ditetapkan oleh agensi pelaksana.

Justeru semasa melawat tapak projek itu pada Sabtu, beliau menyeru kerjasama antara Majlis Daerah Sarikei dengan pihak gereja supaya projek ini boleh dimulakan dengan secepat mungkin.

Menurut Dato’ Sri Huang, sebanyak RM200,000 di bawah projek RTP tahun 2021 diperuntukkan bagi menaik taraf gereja berkenaan dengan sebanyak RM100,000 di bawah projek RTP tahun 2020 dan sebanyak RM100,000 di bawah projek RTP tahun 2019. – EDISI UKAS

Share

add comment