Seramai 288 Individu Di Daerah Bau Lengkapkan Suntikan Dos Kedua Vaksin COVID-19

AHAD, 2 MEI 2021

BAU: Seramai 288 individu melengkapkan suntikan dos kedua vaksin COVID-19 dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Peringkat Daerah Bau pada Ahad.

Program yang dijalankan di Dewan Perdana, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Sarawak itu melibatkan seramai 26 petugas kesihatan.

Kesemua individu tersebut sebelum ini telah menerima dos pertama vaksin jenis Pfizer di Klinik Kesihatan Singai.

Kesemua penerima vaksin berkenaan adalah petugas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Pejabat Daerah Bau, Majlis Daerah Bau, Kastam Diraja Malaysia, Bau, RELA Bau, Jabatan Penerangan Bau, Pejabat Kesihatan Daerah Bau, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bau dan Pejabat Pendidikan Daerah Bau. -EDISI UKAS

Share
0