ADUN Batu Kitang Serah Projek PPRMS Kepada Bedah Seman

ISNIN, 3 MEI 2021

PADAWAN: Setiap orang mengimpikan kediaman yang selesa begitu juga dengan wanita yang dikenali sebagai Bedah Seman di Kampung Lidah Tanah di sini.

Atas dasar prihatin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang telah menggunakan peruntukan dana Projek Kecil Luar Bandar – Projek Penambaikan Rumah Miskin Sarawak (MRP- PPRMS) sebanyak RM15,000 untuk membaiki rumah Bedah.

Semasa majlis penyerahan projek berkenaan pada Isnin, beliau memberitahu, sebelum ini bumbung rumah terbabit mengalami kerosakan akibat sudah usang.

Justeru beliau menzahirkan penghargaan atas kerjasama dan gotong-royong daripada Pasukan Perkhidmatan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kota Padawan sehingga projek itu dapat disiapkan dalam masa satu minggu.

Sementara itu ketika ditemui, Bedah menyatakan kesyukuran dan berterima kasih kepada Khere Chiang atas bantuan yang diberi.-EDISI UKAS

Share

add comment