ADUN Senadin Tinjau Beberapa Projek Naik Taraf Jalan Di Jalan Desa Senadin Dan Jalan Promin

ISNIN, 3 MEI 2021

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin telah mengadakan lawatan ke Jalan Desa Senadin dan Jalan Promin pada Jumaat lepas. 

Beliau bersama Jurutera Eksekutif Kanan Majlis Bandaraya Miri (MBM) Nor Rashidah Nawawi telah meninjau beberapa jalan raya  yang telah siap dinaik taraf seperti penurapan semula Jalan Maigold lebih kurang 1,200m yang telah siap pada 17 April 2021 berjumlah RM765,000, Jalan Promin Jaya 1A lebih kurang 400m yang telah siap pada 1 April 2021 berjumlah RM146,000 dan Jalan Promin Jaya 1B lebih kurang 200m yang telah siap pada 3 April 2021 berjumlah RM57,000.

Turut ditinjau penurapan semula Jalan Promin Jaya 1B/1 lebih kurang 100m yang telah siap pada 5 April 2021 berjumlah RM30,000, penurapan semula Jalan Promin Jaya 3A lebih kurang 250m yang telah siap pada 6 April 2021 berjumlah RM80,000 dan penurapan semula Jalan Promin Jaya 3A/1 lebih kurang 100m yang telah siap pada 3 April 2021 berjumlah RM29,000.

Kerja-kerja menurap semula jalan ini adalah sebahagian daripada program penyelenggaraan khas Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) tahun 2021. 

Dalam pada itu, Datuk Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin telah meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) memperluaskan jalan di tempat pemeriksaan bagi membolehkan kenderaan dapat berpatah balik. 

Sementara itu, untuk Jalan Maigold yang merupakan salah satu jalan masuk utama ke Desa Senadin kini dibina dalam bentuk landasan berkembar dicadangkan diperluaskan lebarnya mengikut standard JKR. -EDISI UKAS

Share

add comment